Selasa, 4 Oktober 2011

Iffah & Hanif di Taska Naza Ria

Taska Naza Ria terletak di Kampung Bukit Kallam, Wilayah Persekutuan Labuan. Pengusaha taska ini adalah Puan Nazariah Idrus (Guru Besar). Warga dan tenaga pengajar ada 6 orang dan seorang part time.

Berkenalan dengan tenaga pengajar dan pengasuh Taska Naza Ria

Iffah dihantar ke Taska ni ketika umurnya 11 bulan (seminggu di taska, iffah genap setahun). Baru pandai melangkah 1, 2, 3 langkah. Sekarang Iffah pandai bercakap. Setiap kali balik dari taska, pasti "teacher Miss" di bibirnya.. sekarang kawan-kawan yang selalu disebutnya.. sarah, mimi, nina.. dan tidak miss "mama kin" :)

Hanif sejak mamanya habis tempoh cuti bersalin 60 hari, terus hantar ke taska. Sekarang umur Hanif hampir genap setahun. Pandai merangkak, meniarap, duduk sendiri, menyebut.. ta ta ta ma ma ma da da da.. perkembangan terkini Hanif, belajar berdiri dengan memegang sesuatu untuk menyokong badannya berdiri.. gigi tumbuh 4 batang dah.. 2 batang di atas dan di bawah 2 batang..  Hanif paling rapat dengan pengasuhnya "Mamy Mia"

Antara album yang ada dirakam ketika di Taska Naza Ria. Terima kasih Puan Nazariah Idris kerana sudi mengizinkan gambar-gambar ni dikongsi bersama.



Album 1

Album 2

Anak-anakku membesar di Taska. Terima Kasih tenaga pengajar dan pengasuh di Taska Naza Ria. Kualiti yang amat memuaskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan