Isnin, 3 Oktober 2011

Family Day "The Chimney, Labuan"

Setiap minggu, mesti ada saja rancangan mau jalan-jalan bersama keluarga. Alasan boring duduk rumah.. penat bekerja 5 hari seminggu, sekali sekala jalan-jalan rehatkan minda bersama keluarga tersayang. Destinasi kali ini ialah The Chimney. The Chimney adalah salah satu muzium di Labuan, tempat bersejarah bekas tentera zaman dahulu. Terdapat bekas serombong arang batu yang masih dikekalkan rekabentuknya.

Sejarah The Chimney, Wilayah Persekutuan Labuan

Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney’ – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney’ dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney’ dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney’ masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney’. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney’ telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.

*info ni saya ambek di lama sesawang : http://www.pl.gov.my/chimney. Banyak tempat-tempat peranginan yang indah di Labuan ni.. kalau nak tau tempat-tempat menarik, klik jak link ni. http://www.pl.gov.my/

Antara gambar-gambar persekitaran yang sempat dirakam :-

again.. me & my boy Hanif
 
mama & hanif

with my girl Iffah 

Si Manis Mama ~ Iffah

Iffah & me
Hanif tgh kusyuk baca info The Chimney

view dalam serombong arang batu "The Chimney"
   
gambar di hadapan serombong arang batu

Happy Weekend With My Family
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan