Isnin, 31 Oktober 2011
Cara-cara Membuat Karipap Pusing
Kategori
Teknik Dan Resipi
Kombinasi Teknik Jahitan Manik
senang dan mudah.. selamat mencuba..
Kategori
Jahitan Manik
Rabu, 26 Oktober 2011
Sofazr-Terasa Disyurga.wmv
Special Song From My Beloved Hubby
~ 5 years with you together ~
Happy Wedding Anniversary!!
Kategori
Hiburan,
Ulang Tahun (Anniversary)
Selasa, 25 Oktober 2011
25 October 2011 - 5th Wedding Anniversary
Tanggal 25 Oktober 2011 Masihi, genap 5 tahun usia perkahwinan kami.. Aku bahagia disamping suami tersayang Muhammad Daniel Jephthah. Kehadiran 2 orang cahaya mata (Nur Afifah Farhanah & Ahmad Dzakwan Hanif) mengeratkan lagi perhubungan ini. Kesetiaan, Kejujuran & Keikhlasan adalah kunci Kebahagiaan.. Semoga perkahwinan ini kekal ke akhir hayat.. Insya Allah. Amin..
Guminavo Zou Diau
Kategori
Ulang Tahun (Anniversary)
Khamis, 13 Oktober 2011
Panduan Pemakanan Kanak-kanak & Bayi
Tumbesaran bayi pada tahun pertama berlaku dengan pantas. Oleh itu tenaga (kilojoules) dan nutrisi yang banyak diperlukan pada peringkat ini. Bagimanapun, dalam proses pembesaran bayi anda, selera makan mereka kadang-kadang sukar dijangka. Jumlah kuantiti pemakanan dan makanan kegemaran bayi mungkin berbeza. Ini adalah normal dalam proses pembesaran bayi anda.
“Weaning”
Pada peringkat ini, bayi anda akan mula diajar dengan makanan pejal, ataupun “weaning”, iaitu peralihan daripada minuman susu sahaja kepada pemakanan makanan pejal. Pada umur 12 bulan ke atas, bayi anda sudah bersedia untuk diberi makan makanan seisi keluarga.
Pengenalan makanan pejal pada umur 6 bulan
Susu ibu (atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi anda sehingga mereka berusia 12 bulan. Makanan pejal haruslah diberikan pada peringkat usia yang sesuai. Bila bayi anda berumur 6 bulan, kandungan zat besi bagi bayi anda adalah agak rendah, dan makanan tambahan diperlukan untuk mengelakkan masalah kekurangan zat besi bayi anda. Mulakanlah memberi makanan pejal kepada bayi anda apabila mereka berusia 6 bulan – bergantung kepada perkembangan bayi anda.
Memberi makanan pejal terlalu awal (bayi berusia kurang 6 bulan)
Bayi seharusnya diberikan susu ibu (atau susu formula) sehingga mereka bersedia untuk makan makanan pejal. Ada dikalangan ibubapa yang mula memberi makanan pejal kepada bayi mereka seawal usia 4 bulan, dengan harapan agar bayi mereka akan cepat kenyang, membesar dengan cepat and tidur dengan selesa. Namun, disebaliknya terdapat beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku kepada bayi ini seperti:
1. Peningkatan alahan makanan (bayi belum bersedia untuk menerima makanan pejal)
2. Tumbesaran bayi terbantut, sekiranya susuibu/susu formula (diganti dengan makanan pejal)
3. Diarrhoae (sembelit) kerana makanan pejal tidak dapat dihadam dengan sempurna.
Jangan terlalu melambatkan pengenalan makanan pejal kepada bayi
Adalah penting untuk tidak melambat-lambatkan pengenalan makanan pejal kepada bayi, di mana ia akan mengakibatkan kepada:
1. Proses tumbesaran terbantut kerana kekurangan tenaga
2. Anaemia (kekurangan zat besi dalam kandungan darah)
3. Masalah untuk makan, terutamanya bagi bayi yang berusia 7-9 bulan yang masih belum diberi makanan pejal.
Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk makanan pejal
Terdapat beberapa tanda bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru, apabila bayi anda memerlukan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam makanan pejal, iaitu:
1. Memerhati kepada makanan dipersekitarannya
2. Meletakkan jari di dalam mulut mereka
3. Membuka mulut (nganga) apabila cuba diberi makan
4. Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
5. Mencuba untuk mencapai sudu atau makanan
Kebolehan memakan
Apabila bayi anda berusia 9-12 bulan, bayi anda sudah mempunyai beberapa kemahiran pemakanan termasuklah:
1. Menunjukkan minat untuk makan sendiri
2. Kebolehan untuk mengunyah makanan
3. Kebolehan menggunakan pinggan untuk makan
4. Makan dengan bebas dengan sedikit bantuan oleh ibubapa
Persediaan fizikal untuk makanan pejal
Proses pembesaran anggota fizikal badan bayi anda berkembang dengan pesat apabila bayi mencecah usia 4-6 bulan. Ini menunjukkan tubuh badan bayi anda sudah bersedia untuk makanan pejal, di mana proses ini termasuklah:
1. Sistem penghadaman – enzim penghadaman membantu menghadam makanan pejal
2. Sistem immunisasi – sistem pertahanan badan mula berkembang
3. Mulut dan lidah – bayi anda sudah mula boleh memasukkan makanan di dalam mulut dan menelan dengan selamat.
4. Kepala dan leher – bayi anda sudah mula mengimbangi kepala mereka (tegak) untuk proses menelan.
5. Buah pinggang – buah pinggang bayi anda sudah mampu menampung peningkatan cecair yang dihasilkan oleh pengambilan makanan tersebut.
Tanda-tanda bayi anda kekenyangan
Tanda-tanda bayi anda tidak minat kepada makanan atau sudah kekenyangan, bukan sahaja berlaku apabila bayi anda menutup mulut atau mengalih perhatian apabila diberi makanan, bahkan kadang-kadang bayi anda akan menangis atau menolak sudu makanan mereka.
Sekiranya ini berlaku pada kali pertama, ibubapa haruslah bertenang dan cuba lagi pada waktu yang lain.
Ketika pertama kali memberi makanan pejal, kemungkinan bayi anda akan cuba memuntahkan makanan tersebut, lama-kelamaan bayi anda akan mula menelannya.
Adalah penting bagi ibubapa untuk memastikan saat pemakanan mereka adalah menggembirakan.
Panduan untuk memberi makanan pejal
Jangan letak makanan pejal di dalam botol Tetapi haruslah diberi dengan menggunakan sudu saiz kecil. Panduan pemakanan pejal adalah seperti:
1. Tenang dan bersabar apabila memberi makanan pejal kepada bayi anda
2. Pastikan bayi anda duduk dengan selesa
3. Makan bersama dengan bayi anda
4. Bersabar ketika memberi makanan kepada bayi anda
5. Bersedia kerana bayi anda mungkin akan membuat selerak ketika proses belajar makan makanan pejal
6. Sentiasa bersama bayi ketika makan untuk mengelakkan kemungkinan tercekik
7. Cuba lagi sekiranya bayi anda menolak pada kali pertama
8. Tunggu sehingga beberapa hari sebelum memberi makanan pejal baru.
Cadangan makanan pejal pertama bayi
Makanan pejal pertama boleh disediakan dengan mudah di rumah tanpa sebarang garam, perisa atau gula. Makanan tersebut hendaklah dilenyek dengan sempurna, tetapi anda mungkin menukarnya selepas beberapa bulan. Antaranya:
1. Mulakan dengan memberi makanan sejenis sahaja
2. Berikan bayi anda makanan cereal yang banyak mengandungi zat besi
3. Kemudian, sayuran dan buah-buahan
4. Berikan daging dan ayam bagi gayi berusia 7-8 bulan.
5. Minuman susu bagi bayi berusia kurang 12 bulan adalah susuibu atau susu formula. Bagaimanapun, anda boleh juga memberi susu segar lembu, yogurt dan makanan cereal bagi bayi berusia 7-8 bulan
6. Elakkan sebarang bentuk makanan keras seperti kacang atau bahagian sayuran keras, yang mana boleh mengakibatkan bayi tercekik
7. Jus buah-buahan citrus tidak sesuai untuk bayi
Mempelbagaikan Bentuk Pemakanan
Makanan pejal bayi anda haruslah dilenyek dengan sempurna, disamping itu ianya boleh disediakan dalam perbagai bentuk pemakanan seperti:
1. Makanan ‘finger food’ sepeti carrot yang dikukus..buah buahan kukus
2. bagi satu sudu kecil untuk bayi gunakan sementara anda menyuapkannya makanan yang sama
3. Galakkan bayi anda minum menggunakan cawan
4. Ubah dari memberi puree kepada makanan lenyek
Setelah berusia 12 bulan ke atas bayi sudah bersedia untuk variasi makanan lain.
1. Memperkenalkan susu lembu segar
2. susu lembu segar bukanlah tandingan kepada susu ibu kerana mengandungi zat besi yang agak rendah, ia hanya boleh diberi kepada bayi setelah berusia lebih dari 12 bulan.
3. Bawah usia 12 bulan hanya susu ibu yang sesuai untuk bayi(atau any formula yang parents dapati sesuai dengan anak)
4. susu lembu mengandungi lebih protein, garam, pottasium, dan kalsium berbanding susu ibu yang mana ini akan memaksa buah pinggang bayi yang belum matang bekerja kuat..ini membahayakan bayi.
5. susu lembu segar hanya boleh dicampur di dalam makanan bayi selepas bayi berusia 7 bulan dalam kuantiti sedikit atau berikan bayi yogurt
6. susu bukanlah makanan utama jika bayi sudah berusia 1 tahun ke atas..kena bagi makan makanan lain seperti daging dan sebagainya.
Makanan yang tidak sesuai bagi bayi bawah 12 bulan
1. madu – risiko jangkitan kuman
2. teh – memotong zat vitamin
3. kekacang – masalah tercekik atau akahan
4. makanan rendah lemak – kekurangan nutrisi penting
Kategori
Kanak-kanak Dan Bayi
Zikir Harian
Kategori
Himpunan Zikir
Air Mata & Wanita
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

♥ ♥ ♥ petikan yang aku copy & paste dari seorang sahabat ♥ ♥ ♥
Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang salah?
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK KHAS UNTUK DIRI KITA.
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
- ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
♥♥♥~ALLAH knows BESt!~ ♥♥♥
Ketahui Asal Usul & Dunia Jin
KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS
- Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .
- Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
- Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Islam dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang Islam ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tu. (terkena?? hahaha..)
- Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.
- Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Islam suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!! (terkena lagi?? hahaha..)
- Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
- Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
- Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
- Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
- Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
P/S : Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Kategori
Kesejahteraan Keluarga
Isnin, 10 Oktober 2011
Lagu 1Malaysia Sarawak Bumi Kenyalang
Bila menjadi anak perantau ni.. dengar lagu ni teringat keluarga di Sarawak.. :( Bumi Kenyalang, tanah tumpah darahku..
Lirik Lagu 1Malaysia Sarawak Bumi Kenyalang
Sarawak Bumi Kenyalang
Yang Kaumnya Yang Berbilang
Sarawak Sudahlah Maju
Rakyatnya Semua Bersatu
Budaya Ia Yang Kaya
Untuk Semua Ada Nikmatinya
Ekonomi Teguh Ekonomi Kukuh
Menjamin Masa Depan Yang Kukuh
Sarawak Sarawak
Menjana Kehidupan Maju
Sarawak Sarawak
Kamek Teguh Kamek Bersatu
1Malaysia Wawasan Kita
Untuk Mencapai Cita-cita Kita
Sarawak Aman Progresif Makmur
Bumi Kenyalang Bumi Gemilang
1 2 3 4 - Aris Ariwatan
Antara lagu yang diminati anakku Iffah.. Lagu ni pernah diajar dan dinyanyikan di Taska. Di rumah, mamanya jadi mangsa menyanyikan lagu ini atas permintaan si cilik ini..
1234
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
( ulang korus )
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
( ulang korus )
Twinkle, Twinkle Little Star
Sejak Iffah pandai bercakap ni, macam-macam lagu yang diajar di Taska.. dinyanyikan depan mamanya setiap kali balik dari Taska ataupun bila masuk tidur malam-malam.. "Mama, nyanyi twinkle2 litle star.." dalam hati mama.. lirik pun tak hafal, macam mana nak nyanyi.. untuk memenuhi hasrat anakku ini, mamanya pun berusaha mencari lirik lagu ni.. akhirnya terjumpa jugak.. :)
Twinkle, Twinkle Little Star
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!
When the blazing sun is gone,
When there's nothing he shines upon,
Then you show your little light,
Twinkle, twinkle, through the night.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!
In the dark blue sky so deep
Through my curtains often peep
For you never close your eyes
Til the morning sun does rise
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!
When the blazing sun is gone,
When there's nothing he shines upon,
Then you show your little light,
Twinkle, twinkle, through the night.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!
In the dark blue sky so deep
Through my curtains often peep
For you never close your eyes
Til the morning sun does rise
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are
Jumaat, 7 Oktober 2011
Antara Makanan Yang Telah Disahkan Mengandungi Lemak Babi/Khinzir
KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda
halal pada produk tersebut.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda
halal pada produk tersebut.
"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.
Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website :
http://www.halaljakim.gov. my/
http://www.halaljakim.gov.
Kategori
Kesejahteraan Keluarga
Awas! Pokok Beracun
POKOK BERACUN
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.
p/s : Jika anda inginkan kesejahteraan dan keselamatan keluarga anda, hindarkan dan elakkan menanam pokok beracun ini.

JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta
JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!:
Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…

p/s : Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.
Kategori
Kesejahteraan Keluarga
Selasa, 4 Oktober 2011
Jika Isteri Menangis Di Hadapanmu...
Jika isteri menangis di hadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi,
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANNYA, dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yang dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI-ISTERI yang solehah dan SUAMI-SUAMI yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.
Wanita.. Dirimu yang istimewa
a اَللّÙ‡ُ, mengapa wanita sering menangis?
Jwbnya:
Jwbnya:
Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak²nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak² dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh "orang" yang ia sayangi..
Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru."WANITA..KAMU ISTIMEWA".. =__=

Iffah & Hanif di Taska Naza Ria
Taska Naza Ria terletak di Kampung Bukit Kallam, Wilayah Persekutuan Labuan. Pengusaha taska ini adalah Puan Nazariah Idrus (Guru Besar). Warga dan tenaga pengajar ada 6 orang dan seorang part time.
Album 1 |
Album 2 Anak-anakku membesar di Taska. Terima Kasih tenaga pengajar dan pengasuh di Taska Naza Ria. Kualiti yang amat memuaskan. |
Kategori
Hanif,
Iffah,
Taska Naza Ria
Cuti-cuti Keluarga di Rantau Panjang, Kelantan
Cuti bersama keluarga memang diinginkan setiap insan. Tak kira jauh ke dekat, asalkan dapat bercuti, makan angin bersama-sama keluarga tersayang. Kebetulan hubby berkursus di Terengganu 2 minggu. Tengok bajet ada la lebih sikit. terus plan cuti.. Kali terakhir pergi ke Rantau Panjang, Kelantan 4 tahun lepas, tahun 2007. Ketika tu baru kawen. Kiranya "Honeymoon" jugak la.. Dulu senang sikit, hubby masih bekerja di Terengganu.. Rantau Panjang antara tempat paling digemari oleh pemborong-pemborong. Antara Zon Bebas Cukai.
Album Kenangan :-
Album 1 |
Album 2 |
Album 3 |
Kategori
Hanif,
Iffah,
Jalan2 (Rutin Keluarga)
Kisah Pak Imam & anak zaman sekarang
Seorg pak imam t'kejut melihat rambut anaknya yg kerinting b'tukar m'jadi lurus .
imam : nape dgn rambut kamu tu ?
anak : rebonding, yah.
imam : ape rebonding tu ?
... ... anak : diluruskan yah.
imam : Oooww...
Tiba waktu solat, pak imam g ke masjid. Sblm mengangkat takbir, pak imam menoleh ke blkg dan bkata,
imam : safnya tolong direbondingkan ya.....

Kesimpulan :- hmmm.. pak imam ni memang seorang yang lurus.. huhu..
Isnin, 3 Oktober 2011
Jalan-jalan di Taman Botanikal, Labuan
Nak cerita sikit mengenai Taman Botanikal dan sejarahnya..
Terletak di belakang lapangan terbang lama ialah Taman Botanikal yang dahulunya adalah lokasi Rumah Kerajaan, ataupun dikenali oleh pihak tempatan sebagai ‘Bumbung 12’. Dibina pada tahun 1852, rumah tersebut merupakan struktur yang panjang dan rendah dengan rekaan atap yang menarik. Kini, hanya tangki air simpanannya kekal, bersama dengan sebuah kubur anjing kesayangan yang bernama ‘Jim’.
Taman Botanikal adalah satu taman rekreasi dengan pokok tua dan pelandskapan indah. Ia juga mempunyai cerita-cerita yang mempesonakan!
Taman Botanikal adalah satu taman rekreasi dengan pokok tua dan pelandskapan indah. Ia juga mempunyai cerita-cerita yang mempesonakan!
gambar-gambar di dalam Taman Botanikal |
Cerita-Cerita Rumah Kerajaan
Ia dipercayai bahawa Hugh Low, Setiausaha Penjajah untuk bertahun-tahun dan terlepas perhatian untuk menjadi Gabenor, melakukan kebanyakan kerja awal di Taman tersebut. Pokok-pokok tua kebanyakannya ditanam olehnya. Rumah tersebut punah semasa peperangan.
Dua taman kubur dijumpai di tanah Rumah Kerajaan dan adalah dipercayai bahawa ia merupakan kubur yang tertua di pulau tersebut. Salah satu daripadanya mempunyai kubur bertarikh 1847. Kubur-kubur ini dipindah dari Ramsay Point di pesisir pantai, di mana di mana air pasang mengakibatkan hakisan kubur tentera laut lama. Salah satu daripada dua kubur yang dipindahkan merupakan kubur Komander James A. Gordon dari HMS Wolf. Beliau hadir semasa penyerahan Labuan ke tangan British pada 24 Disember 1846 dan membantu pembinaan tanah. Seperti ramai pada masa itu, beliau jatuh sakit dan berkubur pada umur awal 28 tahun atas kapalnya yang telah dilabuhkan diluar pesisiran.
Kubur lain itu adalah kepunyaan Sarjan Adam C Sutherland bagi Marin Di Raja, yang telah terkubur dalam satu pergaduhan dengan lanun Balanin pada bulan Mei bagi tahun yang sama.
Terdapat satu lagi kubur menarik terletak pada sebuah permatang di hadapan Rumah Kerajaan dan ia adalah kepunyaan seekor anjing foxhound dinamakan Jim, dan merupakan peliharaan M.S MacArthur, Residen pertama pentadbiran Straits Settlement yang beroperasi daripada 1906 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Tarikh yang terpahat pada kubur Jim adalah 20 Jun 1908.
Kubur Jim |
Kehidupan di tanah tersebut seperti membawa banyak peristiwa. Pada suatu petang, apabila Leftenan-Gabenor Komander A.S. Hamilton pulang ke rumah, beliau terhidu bau kebakaran datang dari arah rumahnya. Beliau mempercepatkan langkah apabilah memikirkan rumahnya terbakar. Sesampainya beliau ke rumahnya, beliau berhadapan dengan sebaris orang Dayak yang sedang mengasapkan kepala di atas tripod dihadapan laman Rumah Kerajaan! Mereka mungkin merupakan kepala-kepala orang Murut yang dirampas oleh pihak polis Dayak sebagai balasan kepada orang Murut yang telah membunuh empat daripada orang mereka. Orang-orang Dayak di laman tersebut sangat tidak berpuas hati apabila kepala-kepala itu seterusnya dirampas. Mereka dibenarkan mengambil semula kepala-kepala tersebut dengan syarat mengasapnya di tempat lain!
Terdapat juga cerita bahawa hantu seorang wanita merupakan residen tanah tersebut – kemungkinan wanita tersebut ialah isteri Hugh Low ataupun mungkin juga orang lain yang telah dipancung. Kelibat wanita tersebut tidak pernah kelihatan lagi.

Penggeledahan kubur oleh pemburu-pemburu kepala yang mencari satu sumber yang mudah merupakan satu masalah besar bagi peneroka-peneroka awal di Labuan. Hugh Low sebenarnya menggali lima belas kubur pada malam isterinya terkubur. Beliau mengebumikannya sendiri dalam salah satu kubur tersebut dan mengisi kubur-kubur lain dengan harapan menangkis peluang untuk penggeledahan kubur. Ramai juga yang rancang untuk dikebumikan di laut agar menghalang kejadian ini terjadi.
Info daripada laman sesawang : http://www.pl.gov.my/
Kategori
Hanif,
Iffah,
Jalan2 (Rutin Keluarga)
Sepetang di Pantai Pancur Hitam, Pohon Batu, Labuan
Destinasi terbaru keluarga, bersantai sambil makan angin di Pantai Pancur Hitam yang terletak di Kampung Pohon Batu, Labuan. Melihat permandangan yang indah, menyaksikan matahari terbenam dengan tiupan angin laut yang menenangkan jiwa..
Di sini saya selitkan serba sedikit info mengenai Pantai Pancur Hitam:
Pantai Pancur Hitam - Ini adalah salah satu pantai yang berkembang pesat di Labuan. Sebuah taman yang indah membentang terus ke pantai berpasir yang panjang.
Terletak di pantai utara Labuan, Pantai Pancur Hitam adalah rumah peribadi yang terbesar dan paling mewah di Labuan ini - "Rumah Jutaan Keamanan". Jalan-jalan yang berhampiran rumah ini, Jalan Batu Manikar dan Jalan Pancur Hitam, di reka dan di hiasi dengan amat cantik.
Hanya di depan rumah, deretan gerai-gerai menawarkan air kelapa segar, kepak ayam, popcorn dan masakan tempatan dan makanan ringan lain yang lazat. Di sebelah rumah tersebut, ada jalan kecil yang akan membawa anda ke Bukit Pohon Batu (Pohon Batu Hill), puncak tertinggi kedua di Labuan, di mana anda boleh menikmati laluan hutan trekking. Di puncak bukit ini, anda akan disambut dengan pemandangan pantai yang indah yang membentang di sepanjang garis pantai. Dari tempat pandang yang tinggi, anda juga boleh mempunyai pandangan mata seekor burung tentang seluruh pulau Labuan. Pada hari-hari yang terang, anda boleh melihat semua jalan ke selatan Financial Park Complex, yang terletak di tengah kota Labuan.
Lebih jauh ke selatan pantai Pancur Hitam, anda akan menemui kawasan rekreasi yang dikenali sebagai "Sudut Cabaran", yang menawarkan sebuah laman yang ideal untuk pelbagai aktiviti rekreasi termasuk berkelah dan berkemah.
Menjelang malam, pemandangan indah menanti anda dengan tiga puncak Bukit Batu Phin sebagai latar belakang yang dramatik. Matahari terbenam di sini bukanlah sesuatu yang patut di lepaskan begitu sahaja! Anda juga boleh melihat desa Melayu berhampiran dengan Cerobong (salah satu tempat yang terkenal di Labuan), Terowong Bersejarah Tanjung Kubong, Taman Burung Labuan dan tempat habitat semulajadi haiwan - semuanya menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik di Malaysia

Antara gambar-gambar untuk kenang-kenangan :
Iffah & Mama |
Hanif & Papa |
bersama anak-anakku |
permata hati ku |
sayangku Iffah |
keluargaku |
Antara view yang menarik di Pantai Pancur Hitam |
my hero Hanif Happy & Sweet Day Family |
Kategori
Hanif,
Iffah,
Jalan2 (Rutin Keluarga)
Family Day "The Chimney, Labuan"
Setiap minggu, mesti ada saja rancangan mau jalan-jalan bersama keluarga. Alasan boring duduk rumah.. penat bekerja 5 hari seminggu, sekali sekala jalan-jalan rehatkan minda bersama keluarga tersayang. Destinasi kali ini ialah The Chimney. The Chimney adalah salah satu muzium di Labuan, tempat bersejarah bekas tentera zaman dahulu. Terdapat bekas serombong arang batu yang masih dikekalkan rekabentuknya.
Sejarah The Chimney, Wilayah Persekutuan Labuan
Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney’ – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney’ dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.
Untuk sekian lama, ‘The Chimney’ dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.
‘The Chimney’ masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney’. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney’ telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.
*info ni saya ambek di lama sesawang : http://www.pl.gov.my/chimney. Banyak tempat-tempat peranginan yang indah di Labuan ni.. kalau nak tau tempat-tempat menarik, klik jak link ni. http://www.pl.gov.my/
Antara gambar-gambar persekitaran yang sempat dirakam :-

again.. me & my boy Hanif |
mama & hanif |
with my girl Iffah |
Si Manis Mama ~ Iffah |
Iffah & me |
Hanif tgh kusyuk baca info The Chimney |
view dalam serombong arang batu "The Chimney" |
gambar di hadapan serombong arang batu Happy Weekend With My Family |
Kategori
Hanif,
Iffah,
Jalan2 (Rutin Keluarga)
Langgan:
Catatan (Atom)