Ahad, 28 Februari 2016

Happy Birthday To Aliya turn 3

https://youtu.be/osKLrBxqkuA

Happy Birthday To You ~ Nur Aliya Farzanah 3 thn

28 Februari 2016 genap 3 tahun anakanda Nur Aliya Farzanah. Mama & Papa doakan semoga anakanda diberikan kesihatan yang baik, menjadi anak yang solehah, dilindungi oleh Allah.. kakak, abang, adik sayang kak liya.. 😍😘😀

Sabtu, 19 April 2014

Kelebihan Dan Fadhilat Surah 3 Qul


Surah 3 Qul




Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Kelebihan dan fadhilat Surah Al-Falak dan Surah An-Naas.


1. Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.

2. Di baca sebelum tidur 3 kali (3 Qul) dan di tiup ke tangan dan di sapukan ke seluruh badan kecuali kaki dan kemaluan akan terhindar dati segala perkara yang buruk.

3. Di turunkan Surah ini kerana Rasulullah s.a.w memohon pada Allah ayat pelindung maka di kurniakan oleh Allah Surah ini.

4. Di baca pada air garam dan di sapu pada badan yang terkena sengatan binatang bisa.

5. Di baca 41 kali selama 3, 5 atau 7 hari berturut turut akan sembuh dari sihir dan santau dengan izin Allah.

6. Jika sesat terutama malam gelap gelita di baca/diulang membaca Surah ini akan di tunjukkan jalan oleh Allah.

Begitulah hebatnya ayat-ayat yang Allah swt turunkan kepada kita supaya kita dipeliharaNya dari gangguan jin,syaitan dan iblis yang senantiasa menyesat manusia. Supaya menjadi amalan kita sebagai hambaNya yang berserah bulat-bulat kepadaNya. Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dariNya. 

Wasallam.

Himpunan Doa Untuk Amalan Bersama

Doa Mohon Anak Cerdik & Pandai

Doa Elak Sifat Pemalas


Doa Ketika Membasuh Beras

Doa Murah Rezeki

Doa Mohon Agar ALLAH Perbaiki Diri



Jumaat, 18 April 2014

DOA SELEPAS SOLAT


SOLAT ADALAH TIANG AGAMA. SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN.

Anugerah Yang Terindah dari Allah. Syukur Alhamdulillah...



Cinta Hati Mama & Papa
Nur Afifah Farhanah
Ahmad Dzakwan Hanif
Nur Aliya Farzanah



Hero ku Abang Hanif

Senyuman yang mencairkan hati mama..

Segak berbaju KURTA - Abang Hanif di pagi Raya Haji 2013

Si cantek manis mama - Nur Aliya Farzanah
(seronok balik bercuti di kampung jumpa atuk nenek)
#Photo Capture Mac 2014

Anak-anakku sayang
Kakak Iffah - Abang Hanif - Aliya
#Photo Capture Mac 2014 @B.S.B ~ BRUNEI

PicCollage My Lovely Kids

DOA NABI SULAIMAN USIR JIN YANG TINGGAL DI RUMAH

Ingin ku kongsikan ilmu bersama sahabat semua. Bacalah doa ini sebaik-baiknya selepas solat. Insya Allah jin akan meninggalkan rumah.

Selamat beramal dan kongsilah bersama sahabat dan keluarga tersayang.. Semoga kita dilindungi oleh Allah dan dihindari daripada gangguan jin.

Selasa, 31 Disember 2013

HAPPY NEW YEAR 2014


Salam semua sahabat.. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia. 

Selamat menyambut tahun baru masihi 2014. Selamat tinggal 2013. Semoga tahun 2014 akan mencipta memori yang indah. Segala pahit manis, susah senang 2013 akan menjadi pendorong di masa akan datang. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Azam baru ingin perbaiki kelemahan diri dan menjadi insan yang dihormati. Mengukuhkan iman yang goyah. Insya Allah, semoga Allah perkenankan doa hambanya yang lemah.

Saya sayang keluarga dan sahabat yang setia disamping semasa susah dan senang.. 

Isnin, 19 Disember 2011

Petua Untuk Sembuhkan Luka Dengan Cepat Bagi Ibu-ibu Yang Baru Bersalin



1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama ...nasi atau dibuat sup.
3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus..

info : LAMAN PETUA NENEK

Khamis, 8 Disember 2011

Bukan Mudah Melayari Rumahtangga..


Pagi ni aku terbaca luahan hati seorang insan bergelar isteri melalui blognya.. Aku tertarik apa yang dicoretnya.. memang betul.. bukan mudah melayari rumahtangga..
Inilah coretannya yang aku baca.. aku copy & paste je entri dia..

"Ya….tidak mudah. Berkahwin bukan hanya menuntut kehendak nafsu. Berkahwin memerlukan kesungguhan. Mampukah kita menghadapi orang yang sama yang belum tentu menepati citarasa kita seumur hidup?

Mudah sungguh anak muda melafaz janji sehidup semati. Di usia yang masih hijau muda. Baru bertunas dan belum berputik pun kematangan. Di usia belasan tahun. Bukan tidak ada yang berjaya. Ada juga yang berbahagia hingga ke akhir hayat. Tapi, pernah kah kita tanya mereka yang berjaya, apa yang mereka lalui?
Bukan hanya cinta. Bukan hanya sayang. Tapi mereka berteraskan iman. Mereka menjadikan taat dan setia, jujur dan amanah sebagai teras kejayaan mereka. Bukan mudah bertegas untuk semua itu.

Saya takut memikirkan anak-anak, lebih lagi anak saya semua perempuan. Sekarang, saya faham perasaan mak dan ayah saya. Mengapa mak selalu risaukan siapa pilihan hati saya. Alhamdulillah, dari beberapa lelaki yang saya temui, ALLAH telah jodohkan seorang yang sangat menghargai saya, dan tahu membimbing saya serta penuh dengan kasih sayang dijiwanya untuk saya.

Rumahtangga saya pun masih baru. Baru melepasi tahun ke 6, beberapa bulan yang lalu. Untuk memahami dia, bukan mudah. Memahami diri sendiri juga tidak mudah. Ada kalanya, saya tidak tahu apa yang saya mahu. Tapi, bila saya duduk dan berfikir, kini hidup saya hanya untuk suami dan anak-anak. Saya hanya perlu ada satu tujuan,menjadi isteri solehah dan ibu mithali. Entah mampu saya capai, entah tidak. Semangat yang tenggelam timbul ini amatlah menduga melayari rumahtangga…..walaupun ALLAH telah menghadiahkan SUAMI YANG TERBAIK buat saya.

Saya ingin bertanya kpada adik-adik perempuan semua, bersediakah kamu menghadapi cabaran yang berbeza? Tidak sama cabaran setiap orang. Mungkin di awal perkahwinan. Mungkin ditengah perkahwinan. Mungkin di akhir hayat kita. Mungkin juga sepanjang kita bersama dia…..
Persediaan yang saya maksudkan, bukanlah dari segi material, fizikal ataupun cinta. Persediaan yang perlu kita ada ialah dari segi mental dan hati. Ikhlaskah kita menerima kekurangan dirinya? Sediakah kita dengan reaksinya  bila dia melihat kekurangan yang ada pada kita?"

BERSEDIALAH UNTUK MENJADI PENYABAR, PENYANTUN DAN PENYAYANG.

Bersedialah meletakkan dia lebih atas dari ibu bapa kita. Kerana bagi seorang isteri, ALLAH AKAN REDHA BILA SUAMI REDHA PADANYA……

Renungkanlah adik-adik ku semua….

Rabu, 7 Disember 2011

Jika Hari Ini....

•► Jika hari ini Allah memberi kebahagiaan, maka jangan lupa bersyukur dengan menambah ketaatan kepadaNya.
•► Jika hari ini Allah beri kelapangan rizki, jangan lupa untuk berbagi.
•► Jika hari ini Allah beri rasa sakit, bersabarlah kerana dengannya Allah gugurkan sebahagian dosa.
•► Jika hari ini dirimu dirundung duka, maka pastikan Allah tetap redho.
•►Jika hari ini dirimu merasa lesu, maka kehidupan dunia hanya sementara dan kematian tidak ada yg bisa menduga.

♥ Semoga kita tetap istiqomah. Insya'Allah !!!

Selasa, 6 Disember 2011

Tips Isteri Solehah


Sabda Rasulullah S.A.W, bermaksud :

"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dari yang haram dan mentaati suaminya maka dipersilakan dia masuk ke dalam syurga di pintu mana sahaja yang disukainya".

Wahai insan yang bergelar isteri.. dirimu amat bertuah.. Isteri yang solehah hanya untuk suami yang soleh.. Ya Allah, peliharalah imanku, peliharalah lidahku, peliharalah hatiku dan tetapkanlah hatiku pada agama Mu dan ketaatan pada Mu.