Isnin, 11 April 2011

Tip Keluarga 1 [Menangani Bayi atau Anak-anak Menangis Malam]


Bayi atau anak-anak menangis merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah, menangis merupakan suatu penyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku. Ada bayi tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas. Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya, tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat. Tangisan biasa selalunya ada kaitan dengan punca yang jelas seperti tercucuk pin pakaian, pakaian terlalu ketat menyebabkan bayi terasa tidak selesa, lampin basah, rasa terlalu panas, sakit perut, dahaga, lapar, rasa kesepian dan sebagainya.   Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur, berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya. Walaupun demikian, tangisan yang memanjang dan kuat tidak semestinya mempunyai sebab atau punca yang jelas. Tidak semestinya kerana lapar, dahaga, kesejukan, panas atau kehilangan orang yang selama ini berada di sampingnya, iaitu si ibu. Ada orang yang mengaitkan keadaan sedemikian rupa, yang dikenali sebagai sawan tangis, akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan. Ini dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia.   Perkataan “qarin” berasal daripada bahasa Arab, bermaksud teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia. Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara lain ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau murtad. Selain itu, qarin juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini terjadilah kegiatan sihir.  

Sawan tangis itu ada 2 punca utama:
  1. Ia bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.  
  2. Ia akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah s.w.t.  menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya.
Itulah ajaran terawal yang mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.   Sekiranya diamalkan sedemikian, Insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan. Ini juga membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu, anak itu kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.   Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.  

TANDA-TANDA Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.  
  1. Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang amat sangat.  
  2. Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.  
  3. Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).  
  4. Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.  
  5. Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.  
PETUA Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini. Di antaranya ialah dengan membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak 3 kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun 3 kali.   Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya. Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat tersebut kepada Rasulullah yang mempunyai fadhilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat. Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.   Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib. See More

Isnin, 28 Februari 2011

Jumaat, 25 Februari 2011

Permata Hatiku ~Hanif~

Hari ini ku berjaya meng'edit' photo2 anakku dan inilah hasilnya.. nak cuba? download dulu Photoscape!!

AHMAD DZAKWAN HANIF
~HaniF~



Khamis, 24 Februari 2011

Tip Kesihatan 1 [Anda Seorang Pelupa? Apa Penyebabnya?]


Aku ingin kongsi apa yang ku baca dari sesuatu info sebuah buku.. Tapi tak pasti sama ada ianya benar atau sekadar teori saja. Jom baca info ini..
Tahukah Anda?
Apa yang menyebabkan anda menjadi 'Sang Pelupa'
Mungkin ini antara faktor2 yang membawa kepada menjadi pelupa/melemahkan daya ingatan dan kefahaman;
  • Melancap [bahasa ni kureng sopan sikit]
  • Melihat perkara2 yg haram [faham2 sendiri yer]
  • Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi
  • Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut [kemungkinan minuman @ makanan telah dicemari oleh semut]
  • Tidak membaca Al-Quran
  • Meminum atau memakan yg haram atau yg diperolehi dgn cara yg haram
  • Mengumpat dan mengata
  • Asyik bercinta2an [bukan cara islam]
  • Terlalu memikirkan yg bukan2
  • Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita
moga2 anda tidak tergolong di antara golongan ini.. kalau ada salah satu pun, hindarkanlah..

Renung-renungkan dan selamat beramal [tiru gaya Prof Izzi Ali - Md. Izuddin Ali]

Khamis, 17 Februari 2011

Sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya :
"Kewajipan seseorang Muslim ke atas Muslim yang lain iaitu lima perkara;
  1. menjawab salam
  2. melawat orang sakit
  3. mengiringi jenazah
  4. menerima undangan 
  5. mendoakan orang yang bersin
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rabu, 16 Februari 2011

Tip Rumahtangga 1 [Resepi Perkahwinan Pasangan Bahagia]


Kandungan :
2 kg          Penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama
1 kg           Rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara
1 kg           Rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan    Rasa tanggungjawab
3 cawan    Daya penambat hati (daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan    Penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
2 cawan    Pati kemanusiaan
2 cawan    Keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan
1 cawan    Rasa kepuasan
1 cawan    Budi bahasa
1 cawan    Perasaan timbang rasa
1 cawan    Tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan
                 kelemahan-kelemahan pasangan
2 gelas      Ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan  Peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang     Anak kecil sekurang-kurangnya
4 cawan    Penuh pengucapan maafkan daku
                 (ini juga sangat penting untuk kita jadikan amalan diet kita)
Secubit     Campur tangan mertua. Curahkan kerjasama yang perlu dan
                 persediaan kerja berpasangan dan perkongsian.

Cara membuat atau mengamalkannya :
1. Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu,
    curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
2. Isikan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api
    kesetiaan dan kejujuran.
3. Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehkan ditambah mengikut selera dan
    kemampuan diri masing-masing.

Peringatan:
Jangan sekali-kali dihidangkan dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa. Makanan kalau sedap mana pun jika dihidangkan dengan sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dengan senyuman manis penuh kasih sayang.

Selamat beramal dan mencuba..

Rindu 1/2 mati by D'Masiv ost Kejora dan Bintang [ HD ]


Sinetron "Kejora dan Bintang" terkini di Astro Ria 104
jam 6:30 petang -7:30 malam
Baim Wong.. abangku yg ensem ;) 
nak tau ceritanya.. taip je Kejora dan Bintang di http://www.youtube.com/