Jumaat, 30 September 2011

Kata-kata Profesor Ungku Aziz


Rajin Bercakap, Rajin Bekerja  - Bagus Sekali
Rajin Bekerja, Malas Bercakap - Kena Buli
Malas Kerja, Rajin Bercakap - Wayang Cina
Malas Bekerja, Malas Bercakap - Tak Guna
Malas Bekerja, Suka Mengadu - Nyanyuk
Malas Bekerja, Selalu Ponteng - Baik Berhenti
Malas Bekerja, Suka Menyibuk - Baik Mati

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Anda antara golongan yang mana?

Khamis, 29 September 2011

Amalan Semasa Hampir Bersalin

Untuk memudahkan ibu-ibu yang hendak bersalin, hendaklah banyak membaca surah-surah seperti berikut:

1.  Surah Al-Fatihah
2.  Surah Al-Nahl ayat 78
3.  Surah Al-Hasyr ayat 21
4.  Selawat Syifa :


5. Do'a :

Ertinya: "Ya Allah! Dengan hak Maryam, juga dengan hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama pesakit dan ibunya) penderitaan bersalin, dengan rahmatMu wahai Tuhan amat mengasihi dari segala-galanya."

6. Wirid :

Ertinya : "Tuhanku, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan, kerana sesunguhnya memudahkan sesuatu itu mudah bagiMu. Tuhanku sempurnakanlah dengan kebaikan."

7.  Dan sunat memperbanyakkan membaca do'a Nabi Yunus (Surah Al-Anbiya ayat 87) :


8. Disunatkan juga memperbanyakkan do'a menghilangkan kebimbangan dan ketakutan :











Amalan Ketika Mengandung


Mengandung adalah suatu harapan dan cita-cita sesebuah perkahwinan. Ia adalah suatu anugerah. Oleh sebab itu banyak amalan-amalan yang harus kita lakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal kita lahirkan itu nanti akan menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia mahupun di akhirat. Untuk mencapai matlamat itu, anak tersebut mestilah ditarbiyah sejak masih janin lagi atau di dalam kandungan ibunya. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal.

Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an, beristighfar dan berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang.
Di antara surah-surah yang digalakkan dibaca ialah :
a) Surah Yaasiin, kerana ia mempunyai banyak fadhilat.
b) Surah Yusuf, agar mendapat anak yang soleh, sempurna dan mempunyai rupa paras yang elok.
c) Surah Luqman, agar mendapat anak yang taat kepada kedua ibubapa.
d) Surah Maryam.
e) Surah At-Taubah.
f) Surah Al-Ikhlas.

Sementara wirid-wiridnya pula ialah :





Koleksi Gambar Hanif

Gambar2 Hanif di'edit' menggunakan program Photoscape.


Hanif Merangkak 4 Kaki

27 September 2011, anak bujangku Hanif genap 11 bulan. hanya tinggal sebulan lagi ulang tahun pertama Hanif. Semangat berkobar2 nak sambut birthday Hanif. Teringat Hanif waktu dilahirkan.. keciknya anakku ini. 2.3kg. Alhamdulillah, anakku sihat.. membesar dengan cepat.. Sekarang Hanif pandai merangkak dengan mengunakan tangan dan lutut. Duduk, meniarap cepat dah. Sejak pandai meniarap ni, satu rumah bersih dah.. Dada baju tak payah cakap.. memang kotor.. huhu.. Gigi tumbuh 4 batang.. kalau digurau, mesti tunjuk giginya 4 tu.. :) 

cak!! ada gigi 4 batang daa..

sukanya.. nganga mulut luas2..


muka selepas kena Cacar Air

senaman - tekan tubi

one two three..

ready for click!

jumpa barang mesti masuk dalam mulut..

relaks sambil tengok Babytv






Gara2 Silap Daftar Nama Anak Di Klinik Swasta

Buah hatiku Iffah tiba-tiba mengadu sakit telinga.. balik kerja petang terus bawa Iffah pergi klinik. Biasanya Papa yang daftar nama. Tulis nama di Kad yang nurse sediakan. Malas nak tulis nama penuh (alasan nama anak panjang sangat, nak cepat.. tulis nama ringkas & pendek) :: Nur Afifah (dalam Mykid Nur Afifah Farhanah Binti Muhammad Daniel Jephthah). Selepas daftar, tunggu turn jumpa Doktor lagi.. Beberapa minit lepas tu, nurse buka pintu "Nur Afifah". Kami pun masuk.

Doktor : Sakit apa?
Papa : Dia (Iffah) mengadu sakit telinga, takut ada semut masuk dalam lubang telinga.
Doktor cek telinga.
Doktor : Mungkin sebab dia punya tahi telinga tidak dibersih. gegendang tersumbat. Nanti saya bagi ubat titis. Berapa umur anak?
Papa : 2 tahun lebih (Dalam hati hairan jugak kenapa doktor tanya. Dalam rekod klinik tidak ada catat umur pesakit ka?)
Doktor pun tidak menyoal lebih lanjut. Bila keluar, tunggu ambik ubat lagi. Nurse terangkan cara penggunaan ubat yang diberi. Papa mintak bil atas nama Iffah. Ubat dimasukkan dalam plastik.

Keesokkan harinya, ubat dibekalkan sekali dalam beg untuk ke Taska. Bila hantar ke taska pagi tu, pesan dengan teacher supaya bagi makan ubat nanti. Tiba di ofis, hp berbunyi.. nama tertera "Cikgu Iffah" (dalam hati tertanya2, anakku ada apa2 ka di taska)

Teacher : Dik, ubat siapa yg dibekalkan ni?
Mama : Iffah kak.
Teacher : Kenapa nama lain? Julisa Nur Afifah Binti Jurainy.
Mama : Ya kah? Tapi memang Iffah punya ubat tu. Mungkin salah register di klinik kemarin.
Teacher : Kami takut mau bagi. nanti salah ubat.

Petang balik kerja, tunggu Papa sampai.. Semalam register Iffah macam mana? Tulis nama kat kad yang nurse bagi tu.. Nama apa tulis? Nur Afifah. Ada lagi simpan bil klinik tu? Terus cari bil.. Cuba baca nama siapa di bil tu? Papa (sambil tersengih2..) aik, kenapa nama lain ni? Itula.. lain kali kalo register nama mesti guna Mykid. tak pun tulis nama penuh. Nurse tempat register tu pun tak tanya balik. Asal nampak nama Nur Afifah terus register.. begini la servis di klinik swasta.. huhu.. Papa papa papa.. Lain kali register nama penuh ikut mykid. :-* kalo terjadi apa2 dengan anak2.. siapa yang bertanggungjawab.


Pesanan :  Kepada Ibubapa, jika mendaftar nama anak di klinik swasta.. jangan malas tulis nama penuh. senang cerita, bagi Mykid pada orang yang register tu.. Peringatan, pilihlah nama anak yang senang disebut, ringkas dan mempunyai maksud yang baik.. huhu..

Rabu, 28 September 2011

Panduan Pemakanan Ibu Mengandung

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
  • Piramid Makanan




        Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
        Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
        Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
        Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
        • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
        • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
        Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.
        Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
        Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

        RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR



        Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & ...diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

        Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

        Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

        1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

        2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

        3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

        4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

        5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

        6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

        7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

        Isnin, 26 September 2011

        Iffah & Her Life

        Macam-macam ragam.. ada jak perkara yang mencuit hati.. penghibur di kala sunyi.. buah hatiku Nur Afifah Farhanah.. :)

        suka bergaya dengan cermin mata

        asyik dengan mainan..

        bergaya dengan motor besar.. abang Shin Chan punya (sepupu Iffah)

        rumah kotak yang hampir roboh..

        playground!










         

        Rabu, 21 September 2011

        Antara Lagu Nasyid Yang Sangat Menyentuh Hati.. Mak.. Aku Rindu Padamu..


        Bila dengar alunan lagu nasyid ni.. hatiku sering kali tersentuh..
        mak.. aku merindui mu.. dengarilah..
        klik link ni klu nk tgk di Youtube :-


        Ibu.. Engkaulah segalanya..

        Sajak Ibu.. 2 Minit Yang Cukup Mencucurkan Airmata.. Dengarilah


        Ya Allah, Engkau ampunilah dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka menyayangiku ketika kecil....Ya Allah, Engkau matikan kami dengan sebaik-baik kematian, jgn lah Engkau matikan kami ketika kami dlm keadaan yg kufur.... Amin..

        Selasa, 20 September 2011

        Awas! Elakkan Ambil Panadol Actifast / Soluble


        UNTUK PENGETAHUAN,

        ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

        “Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

        Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

        Alternative Treatment ( Tips )

        Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

        Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

        Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

        Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

        Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

        Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

        Khamis, 15 September 2011

        Apa Punca Anak Derhaka?



        Sabda Rasulullah s.a.w. "

        Berguraulah dengan anak kamu kala usianya 1 hingga 7 tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. 

        Lepas 7 hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

        "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan."

        Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

         "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

        "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

        " Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

        DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

        Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

        BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

        Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

        Allah Maha Pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

        "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

        HUBUNGAN DENGAN BAPA

        Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

        USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

        Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?
        "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

        Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

        Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

        Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

        Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai Winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara Winners dan Losers.

        Adalah mudah iaitu:-
        Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

        Tips;

        1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
        2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
        3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
        4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
        5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
        6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
        7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
        8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
        9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
        10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
        11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
        12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.
        13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.  Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
        14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
        15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
        16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
        17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
        18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
        19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
        20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
        # Share note ni dari seorang hamba Allah.. Terima kasih banyak.. untuk panduan semua.. :)

        Setia dan Sedia Dalam Ikatan


        "Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)

        Membina ikatan persis membina sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan, dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang. Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah cerlang sinarnya. Si Tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta, saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan keringat dalam memacunya.

        "Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik."

        Dalam memateri sebuah ikatan, elemen setia dan sedia menjadi perlambangan sejauh mana kekuatan sebuah ikatan. Berseminya ikatan tanpa kesetiaan, ibarat menunggu rumah ditelan rebah. Bertautnya ikatan tanpa kesediaan, ibarat menanti mahligai musnah berkecai.

        Saat memilih untuk membina ikatan, eloklah diteliti apakah kita telah melengkapi keduanya. Bersetia menjalin cinta dan menongkah badai kehidupan bersama. Tidak pernah goyah diduga godaan, tidak pernah rebah diuji cabaran apatah lagi gundah disuntik rintangan. Hidup bersama rencahnya berjuta. Tika itulah kesetiaan benar-benar memainkan peranan.

        Apabila lengkap elemen kesetiaan, lihatlah pula kepada elemen kesediaan. Usah sekadar terpesona dengan lafaz dan janji di bibir manis, namun intailah kesediaan menerima yang tak pernah gerimis. Ilmu agama disisip kemas di dada, agar hasutan syaitan dan iblis bisa ditepis. Sedia membimbing dan dibimbing. Nafsu amarah bukan wasilah melampiaskan kemarahan bukan pada tempatnya. Toleransi sebagai benteng utuhnya rukun sebuah ikatan.

        ''Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah''

        Ketahuilah wanita solehah, bahawa dirimu amat bernilai. Selautan emas waima segunung permata bukan tandinganmu kerana dirimu jauh lebih tinggi nilainya di kaca mata Islam. Usah mudah memberi cinta, kelak binasa jiwa. Sebaliknya, ujilah si dia agar simpulan kasih tidak mudah terungkai, ikatan sayang tidak mudah bercerai.

        Jika ingin memilih membina ikatan, maka bersiagalah kerana era penuh air mata dan duka akan menantimu. Kuatkanlah keteguhan nalurimu agar segala yang ditempuhi mendapat inayah-Nya. Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam si mawar berduri. Sebaik ditanam tidak terus berputik bunga kirana, tetapi tumbuh dahulu duri yang berbisa.

        Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Manusia yang utama adalah orang mukmin yang alim. Jika diperlukan dia diberikan manfaat, jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya sendiri."

        Bagi arjuna, keperkasaan bukanlah bukti kelelakian sebenarmu. Layar bahtera akan dapat terus menyusur pantai impian, walau badai merempuh apabila mahligai ikatan dinakhodakan oleh lelaki yang beriman. Bisa melindungi dan membajai kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

        Menjadi pemimpin terulung kebanggaan pasangan, menyalur bimbingan dan pendidikan kepada ahli keluarga dan tidak merelakan diri menjadi dayus sehingga di akhirat kelak mendapat celaka. Bijaksana dalam merencana keputusan agar tidak menyinggung hati dan perasaan. Rasulullah menjadi tauladan dalam menjadi suami idaman. Suami ibarat mentari, memberi cahaya dan kehangatan. Isteri bagai bulan, cantik dan indah dipandang.

        ''Selembar benang berkait, akhirnya berpakai jua, setapak kaki berdikit, akhirnya berdiri juga''

        Kepada sesiapa yang merasa diri masih bergelut dalam kekurangan dan belum memenuhi elemen-elemen ini, jadi bermulalah sekarang. Andai diri tidak setia, belajarlah memahami hakikat kesetiaan, signifikannya dalam ikatan.

        Andai diri tidak sedia, namun mengharap bunga di taman larangan, penuhilah pengetahuan agama di dadamu. Kalungkanlah di jiwamu rasa tanggungjawab walaupun rasa jahil membelenggumu. Muhasabahlah diri agar terbinanya hubungan berkekalan hingga penghujungnya.

        - Artikel iluvislam.com

        Khamis, 8 September 2011

        Memori Indah Aidilfitri 2011 Masihi / Syawal 1432 Hijrah

        Sungguh indah dan gembira bila bertemu ahli keluarga di hari mulia.. Memohon ampun dan maaf antara satu sama lain, bercerita pahit, manis, masam, masin, suka duka dikongsi bersama.. bergurau senda dengan ahli keluarga satu kenangan yang tak dapat dilupakan.. Terasa sayu bila memikirkan dapatkah kita bersua lagi di hari mulia yang akan datang.. Sebak dan hiba meninggalkan orang tua yang semakin dimamah usia.. Demi suami dan kerjaya ku kuatkan semangat melangkah ke hadapan.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.. Dikesempatan ini ku memohon ampun dan maaf andai ada terlanjur kata, tersilap bahasa.. terumpat, terhina, terkeji.. aku hanya insan biasa tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.. Di sini aku sempat merakam beberapa gambar untuk kenangan.. Masa berlalu tidak akan dapat diputar kembali.. Semoga di hari lebaran ini diberkati dan diredhai oleh Nya.

        Sebahagian dari Adik-beradikku bersama kedua ibubapa ku tersayang..

        Anak bujangku segak bergaya dengan Baju Melayu Biru..
        Ahmad Dzakwan Hanif.. 10 Bulan++  

        Hanif dipangkuan Udak Nurul (kakak ipar).. macam Haji kecik da..

        Papa Sayang dan Hanif..
        chakk!!! tangannya terpaksa dipegang.. klu tidak, kopiah dikepalanya akan ditarik.. rimas..
        hilang ke'encem'an & kecomelannya.. huhu..

        Mama dan Iffah (anak daraku yang comei) ^_^
          
        bersama suami tersayang Muhammad Daniel Jephthah
        dan
        anakku Iffah (Nur Afifah Farhanah) 2 Tahun 7 Bulan
        ~waktu ni si Hanif tertidur dah..
        gambar dirakam waktu malam, di rumah abangku di Sarikei~

        Selasa, 6 September 2011

        Ulang Tahun Perkahwinan Ku


        2 Syawal 1432H / 2011M - genap 5 tahun usia rumahtangga kami.. ku bahagia bersama mu.. dikurniakan 2 cahaya mata.. seorang puteri & seorang putera.. Nur Afifah Farhanah & Ahmad Dzakwan Hanif tanda cinta yang amat berharga dan tidak ternilai anugerah yang Maha Esa. Akan ku pelihara sebaik mungkin anugerah ini. Moga perhubungan ini akan diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T Amin.

        ...Hanif doakan keluarga kita bahagia dunia dan akhirat.. sambil menadah tangan.. tapi kenapa jari papa tu "peace" huhu.. c kakak ni.. sentiasa nda bersedia klu bergambar..