Rabu, 15 Jun 2011

Mendidik Anak Hyperaktif


Tidak dinafikan, mempunyai anak yang hyperactive memang memenatkan dan mencabar jiwa sebagai ibu bapa. Berat mata memandang, begitu juga berat orang yang menanggungnya. Namun, apa yang boleh dikongsikan di sini adalah 10 tips yang mungkin boleh menjadi sebahagian daripada motivasi diri untuk terus kuat menjaga anak dalam kategori ini.

Sebenarnya ini adalah ujian bagi ibu bapa dan harus sama-sama sabar dalam memikul tanggungjawab itu kerana mereka tetap anak anda:
  1. Ajarkan disiplin kepada anak hiperaktif, supaya mereka mampu berdikari dan mengatur dirinya dengan baik. Ini permulaan yang amat penting.
  2. Jangan sesekali menghukum mereka, kerana tingkahlaku hiperaktif mereka itu bukanlah kesalahan mereka yang disengajakan.
  3. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya ia akan bersikap seperti yang dilabelkan padanya. Kata-kata dari ibu bapa adalah doa buat anak.
  4. Cuba mencari kaedah terapi yang berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa seharusnya mampu menentukan kaedah terapi yang terbaik bagi anak (contoh: psikologi yang berkesan).
  5. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak hiperaktif melebihi saudara lainnya. Ini kerana, sebanyak mana pun kasih sayang yang dicurahkan kepada anak hiperaktif, tidak akan cukup bagi mereka.
  6. Dalam proses pembelajaran bagi anak yang hiperaktif, janganlah merasa bosan untuk terus menerus mengulangi perkara-perkara yang cepat dipelajari dan diingati oleh anak normal.
  7. Ketika berbual-bual sesama sahabat anda, di mana ketika itu anak anda ada bersama-sama anda, ucapkanlah kata-kata yang baik mengenai anak anda dan jangan sesekali menceritakan sebarang kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukannya.
  8. Berhati-hatilah terhadap segala tindakannya yang mungkin dapat membahayakan dirinya atau orang lain.
  9. Perbanyakkan komunikasi dengan anak anda. Bagi situasi anak normal kita cenderung berkomunikasi pada saat-saat tertentu, tetapi bagi anak hiperaktif kita harus berkomunikasi “setiap seminit sekali”.
  10. Salah satu perkara yang berat dalam berdepan dengan anak yang hiperaktif adalah ketika sedang berada di meja makan dan kita meminta dia makan sendiri. Mungkin ketika itu dia akan main-main dengan makanannya atau berlari- lari disekeliling meja makan. Tetapi jangan memarahi mereka. Paling penting adalah anda harus suapkan mereka dengan penuh sabar.
Note: Copy Paste dari FB Ibubapa Cemerlang.... Tumpang Share Tips ni untuk panduan.. ;)

Isnin, 13 Jun 2011

Mengatasi Masalah Kuat Marah Pada Anak


Kanak-kanak  dalam  lingkungan  umur  2-7  tahun  memang sering dilabelkan  lasak  kerana  ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga  didapati  ‘tidak  dengar  kata’.  Apa  yang  berlaku  ialah ketiadaan komunikasi  dua  hala  di  antara  ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian  kepada  suara  ibu bapa.  Sebaliknya  perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka  tidak  mempunyai  pengetahuan  (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja  belajar  bercakap,  oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah  sebenarnya  yang  dimahukan  oleh  anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit,  membaling  barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration  (kekecewaan) kerana  hajatnya  tidak  difahami  dan  dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya.
Justeru  itu  siapakah  yang  bersalah?  Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak  berusaha  untuk  memahami  kehendak  si anak. 

Ada beberapa tip yang boleh ibu bapa berusaha mengatasi masalah ini :

1.  Kanak-kanak  sangat  memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua  ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan  mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang anda  lakukan  dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya.  Berapa kali kah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact  sangat  penting  di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2.  Sebaik  sahaja  ibu bapa  pulang  dari  bekerja  dan  mengambil  anak  dari nurseri,luangkan  masa  setengah  jam  terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus  ke  dapur  memasak,  angkat kain dsb. Berikan perhatian  kepada  anak.  Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di  rumah  bersama  bibik  atau  di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta  nyatakan  di  telinganya,  papa/mama  sangat  sayangkannya.  Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb.  Insya  Allah  anak  akan  lebih  mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3.  Ajarkan  anak  dengan  perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan  sesuatu  dan  ibu bapa  tidak  dapat  berikannya  kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu  sahaja  atau  bersikap  acuh tidak acuh kerana sebenarnya ibu bapa sedang mengajar  anak  agar  tidak  menghiraukan  ibubapanya  sekiranya  ibu bapa pula yang memanggilnya.  The  right  way to make her listen to you is by listening to her  first.  Kita  tidak  boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah  tidak menjadikan  ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru  setiap  perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4.  Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya  yang  tersendiri.  Anak  yang  suka menjerit walaupun tidak mempunyai  apa-apa  sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak  ini  memang  sangat  sukakan  perhatian.  Oleh  itu  jika  anak  ini menjerit, berilah  perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan  sekiranya  dia  menyanyi  dengan  kuat dsb. Walau bagaimanapun, ibu bapa boleh  mengajarkan  kepadanya  bahawa  perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus  kerana  boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka  menjerit,  tuan/puan  boleh  suruh  dia  mengadap  dinding yang kosong dan menjerit  di  situ  berulangkali  sehingga  dia letih. Insya Allah dia akan kurang  suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin  dia  akan  berhenti  menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya  dia  mengulanginya  semula,  puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah  (mknan kegemarannya  dsb)  jika  ibu bapa dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang  menjerit  dalam  satu  hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya,  papa/mama  beri  hadiah  coklat  kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri  dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah  anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian  terhadap kelebihan tersebut, jangan  ingati  kekurangan  anak  dan doakan setiap kali selesai sembahyang  agar Allah memudahkan ibu bapa mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak  dengan  semua sifat-sifat positif yang kita inginkan setiap kali ibu bapa berinteraksi  dengan  anak. Boleh  juga ibu bapa cuba berbuat demikian setengah jam setelah  anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya : usapkan dengan lembut di  ubun-ubun  kepalanya,  cium  dan bacakan selawat serta sebutkan harapan ibu bapa kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan  perkara spesifik yang ibu bapa mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama  harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak  suka  kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan  didapati  sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Ibu bapa  Islam juga boleh membacakan  surah  AlFatihah,  Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.  Semoga  ibu bapa  lebih  bersabar,  jangan  ignore  anak dan cubalah memahaminya.  Fahami  dunia  anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan.  Bayangkan  perasaan  anak  apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba  dibuatnya  hanya lah  meneroka  alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapa lah yang membuat peraturan, disiplin dan juga  galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. 
Jangan  berputus asa dengan anak kerana  ia  akan  membuatkan  anak  berputus  asa  terhadap  kita  sebagai ibubapanya.