Selasa, 31 Disember 2013

HAPPY NEW YEAR 2014


Salam semua sahabat.. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia. 

Selamat menyambut tahun baru masihi 2014. Selamat tinggal 2013. Semoga tahun 2014 akan mencipta memori yang indah. Segala pahit manis, susah senang 2013 akan menjadi pendorong di masa akan datang. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Azam baru ingin perbaiki kelemahan diri dan menjadi insan yang dihormati. Mengukuhkan iman yang goyah. Insya Allah, semoga Allah perkenankan doa hambanya yang lemah.

Saya sayang keluarga dan sahabat yang setia disamping semasa susah dan senang.. 

Isnin, 19 Disember 2011

Petua Untuk Sembuhkan Luka Dengan Cepat Bagi Ibu-ibu Yang Baru Bersalin



1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama ...nasi atau dibuat sup.
3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus..

info : LAMAN PETUA NENEK

Khamis, 8 Disember 2011

Bukan Mudah Melayari Rumahtangga..


Pagi ni aku terbaca luahan hati seorang insan bergelar isteri melalui blognya.. Aku tertarik apa yang dicoretnya.. memang betul.. bukan mudah melayari rumahtangga..
Inilah coretannya yang aku baca.. aku copy & paste je entri dia..

"Ya….tidak mudah. Berkahwin bukan hanya menuntut kehendak nafsu. Berkahwin memerlukan kesungguhan. Mampukah kita menghadapi orang yang sama yang belum tentu menepati citarasa kita seumur hidup?

Mudah sungguh anak muda melafaz janji sehidup semati. Di usia yang masih hijau muda. Baru bertunas dan belum berputik pun kematangan. Di usia belasan tahun. Bukan tidak ada yang berjaya. Ada juga yang berbahagia hingga ke akhir hayat. Tapi, pernah kah kita tanya mereka yang berjaya, apa yang mereka lalui?
Bukan hanya cinta. Bukan hanya sayang. Tapi mereka berteraskan iman. Mereka menjadikan taat dan setia, jujur dan amanah sebagai teras kejayaan mereka. Bukan mudah bertegas untuk semua itu.

Saya takut memikirkan anak-anak, lebih lagi anak saya semua perempuan. Sekarang, saya faham perasaan mak dan ayah saya. Mengapa mak selalu risaukan siapa pilihan hati saya. Alhamdulillah, dari beberapa lelaki yang saya temui, ALLAH telah jodohkan seorang yang sangat menghargai saya, dan tahu membimbing saya serta penuh dengan kasih sayang dijiwanya untuk saya.

Rumahtangga saya pun masih baru. Baru melepasi tahun ke 6, beberapa bulan yang lalu. Untuk memahami dia, bukan mudah. Memahami diri sendiri juga tidak mudah. Ada kalanya, saya tidak tahu apa yang saya mahu. Tapi, bila saya duduk dan berfikir, kini hidup saya hanya untuk suami dan anak-anak. Saya hanya perlu ada satu tujuan,menjadi isteri solehah dan ibu mithali. Entah mampu saya capai, entah tidak. Semangat yang tenggelam timbul ini amatlah menduga melayari rumahtangga…..walaupun ALLAH telah menghadiahkan SUAMI YANG TERBAIK buat saya.

Saya ingin bertanya kpada adik-adik perempuan semua, bersediakah kamu menghadapi cabaran yang berbeza? Tidak sama cabaran setiap orang. Mungkin di awal perkahwinan. Mungkin ditengah perkahwinan. Mungkin di akhir hayat kita. Mungkin juga sepanjang kita bersama dia…..
Persediaan yang saya maksudkan, bukanlah dari segi material, fizikal ataupun cinta. Persediaan yang perlu kita ada ialah dari segi mental dan hati. Ikhlaskah kita menerima kekurangan dirinya? Sediakah kita dengan reaksinya  bila dia melihat kekurangan yang ada pada kita?"

BERSEDIALAH UNTUK MENJADI PENYABAR, PENYANTUN DAN PENYAYANG.

Bersedialah meletakkan dia lebih atas dari ibu bapa kita. Kerana bagi seorang isteri, ALLAH AKAN REDHA BILA SUAMI REDHA PADANYA……

Renungkanlah adik-adik ku semua….

Rabu, 7 Disember 2011

Jika Hari Ini....

•► Jika hari ini Allah memberi kebahagiaan, maka jangan lupa bersyukur dengan menambah ketaatan kepadaNya.
•► Jika hari ini Allah beri kelapangan rizki, jangan lupa untuk berbagi.
•► Jika hari ini Allah beri rasa sakit, bersabarlah kerana dengannya Allah gugurkan sebahagian dosa.
•► Jika hari ini dirimu dirundung duka, maka pastikan Allah tetap redho.
•►Jika hari ini dirimu merasa lesu, maka kehidupan dunia hanya sementara dan kematian tidak ada yg bisa menduga.

♥ Semoga kita tetap istiqomah. Insya'Allah !!!

Selasa, 6 Disember 2011

Tips Isteri Solehah


Sabda Rasulullah S.A.W, bermaksud :

"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dari yang haram dan mentaati suaminya maka dipersilakan dia masuk ke dalam syurga di pintu mana sahaja yang disukainya".

Wahai insan yang bergelar isteri.. dirimu amat bertuah.. Isteri yang solehah hanya untuk suami yang soleh.. Ya Allah, peliharalah imanku, peliharalah lidahku, peliharalah hatiku dan tetapkanlah hatiku pada agama Mu dan ketaatan pada Mu.

Rabu, 26 Oktober 2011

Sofazr-Terasa Disyurga.wmv


Special Song From My Beloved Hubby
~ 5 years with you together ~
Happy Wedding Anniversary!!

Selasa, 25 Oktober 2011

25 October 2011 - 5th Wedding Anniversary


Tanggal 25 Oktober 2011 Masihi, genap 5 tahun usia perkahwinan kami.. Aku bahagia disamping suami tersayang Muhammad Daniel Jephthah. Kehadiran 2 orang cahaya mata (Nur Afifah Farhanah & Ahmad Dzakwan Hanif) mengeratkan lagi perhubungan ini. Kesetiaan, Kejujuran & Keikhlasan adalah kunci Kebahagiaan.. Semoga perkahwinan ini kekal ke akhir hayat.. Insya Allah. Amin..

Guminavo Zou Diau

Khamis, 13 Oktober 2011

Panduan Pemakanan Kanak-kanak & Bayi


Tumbesaran bayi pada tahun pertama berlaku dengan pantas. Oleh itu tenaga (kilojoules) dan nutrisi yang banyak diperlukan pada peringkat ini. Bagimanapun, dalam proses pembesaran bayi anda, selera makan mereka kadang-kadang sukar dijangka. Jumlah kuantiti pemakanan dan makanan kegemaran bayi mungkin berbeza. Ini adalah normal dalam proses pembesaran bayi anda.
“Weaning”
Pada peringkat ini, bayi anda akan mula diajar dengan makanan pejal, ataupun “weaning”, iaitu peralihan daripada minuman susu sahaja kepada pemakanan makanan pejal. Pada umur 12 bulan ke atas, bayi anda sudah bersedia untuk diberi makan makanan seisi keluarga.
Pengenalan makanan pejal pada umur 6 bulan
Susu ibu (atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi anda sehingga mereka berusia 12 bulan. Makanan pejal haruslah diberikan pada peringkat usia yang sesuai. Bila bayi anda berumur 6 bulan, kandungan zat besi bagi bayi anda adalah agak rendah, dan makanan tambahan diperlukan untuk mengelakkan masalah kekurangan zat besi bayi anda. Mulakanlah memberi makanan pejal kepada bayi anda apabila mereka berusia 6 bulan – bergantung kepada perkembangan bayi anda.
Memberi makanan pejal terlalu awal (bayi berusia kurang 6 bulan)
Bayi seharusnya diberikan susu ibu (atau susu formula) sehingga mereka bersedia untuk makan makanan pejal. Ada dikalangan ibubapa yang mula memberi makanan pejal kepada bayi mereka seawal usia 4 bulan, dengan harapan agar bayi mereka akan cepat kenyang, membesar dengan cepat and tidur dengan selesa. Namun, disebaliknya terdapat beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku kepada bayi ini seperti:
1. Peningkatan alahan makanan (bayi belum bersedia untuk menerima makanan pejal)
2. Tumbesaran bayi terbantut, sekiranya susuibu/susu formula (diganti dengan makanan pejal)
3. Diarrhoae (sembelit) kerana makanan pejal tidak dapat dihadam dengan sempurna.
Jangan terlalu melambatkan pengenalan makanan pejal kepada bayi
Adalah penting untuk tidak melambat-lambatkan pengenalan makanan pejal kepada bayi, di mana ia akan mengakibatkan kepada:
1. Proses tumbesaran terbantut kerana kekurangan tenaga
2. Anaemia (kekurangan zat besi dalam kandungan darah)
3. Masalah untuk makan, terutamanya bagi bayi yang berusia 7-9 bulan yang masih belum diberi makanan pejal.
Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk makanan pejal
Terdapat beberapa tanda bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru, apabila bayi anda memerlukan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam makanan pejal, iaitu:
1. Memerhati kepada makanan dipersekitarannya
2. Meletakkan jari di dalam mulut mereka
3. Membuka mulut (nganga) apabila cuba diberi makan
4. Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
5. Mencuba untuk mencapai sudu atau makanan
Kebolehan memakan
Apabila bayi anda berusia 9-12 bulan, bayi anda sudah mempunyai beberapa kemahiran pemakanan termasuklah:
1. Menunjukkan minat untuk makan sendiri
2. Kebolehan untuk mengunyah makanan
3. Kebolehan menggunakan pinggan untuk makan
4. Makan dengan bebas dengan sedikit bantuan oleh ibubapa
Persediaan fizikal untuk makanan pejal
Proses pembesaran anggota fizikal badan bayi anda berkembang dengan pesat apabila bayi mencecah usia 4-6 bulan. Ini menunjukkan tubuh badan bayi anda sudah bersedia untuk makanan pejal, di mana proses ini termasuklah:
1. Sistem penghadaman – enzim penghadaman membantu menghadam makanan pejal
2. Sistem immunisasi – sistem pertahanan badan mula berkembang
3. Mulut dan lidah – bayi anda sudah mula boleh memasukkan makanan di dalam mulut dan menelan dengan selamat.
4. Kepala dan leher – bayi anda sudah mula mengimbangi kepala mereka (tegak) untuk proses menelan.
5. Buah pinggang – buah pinggang bayi anda sudah mampu menampung peningkatan cecair yang dihasilkan oleh pengambilan makanan tersebut.
Tanda-tanda bayi anda kekenyangan
Tanda-tanda bayi anda tidak minat kepada makanan atau sudah kekenyangan, bukan sahaja berlaku apabila bayi anda menutup mulut atau mengalih perhatian apabila diberi makanan, bahkan kadang-kadang bayi anda akan menangis atau menolak sudu makanan mereka.
Sekiranya ini berlaku pada kali pertama, ibubapa haruslah bertenang dan cuba lagi pada waktu yang lain.
Ketika pertama kali memberi makanan pejal, kemungkinan bayi anda akan cuba memuntahkan makanan tersebut, lama-kelamaan bayi anda akan mula menelannya.
Adalah penting bagi ibubapa untuk memastikan saat pemakanan mereka adalah menggembirakan.
Panduan untuk memberi makanan pejal
Jangan letak makanan pejal di dalam botol Tetapi haruslah diberi dengan menggunakan sudu saiz kecil. Panduan pemakanan pejal adalah seperti:
1. Tenang dan bersabar apabila memberi makanan pejal kepada bayi anda
2. Pastikan bayi anda duduk dengan selesa
3. Makan bersama dengan bayi anda
4. Bersabar ketika memberi makanan kepada bayi anda
5. Bersedia kerana bayi anda mungkin akan membuat selerak ketika proses belajar makan makanan pejal
6. Sentiasa bersama bayi ketika makan untuk mengelakkan kemungkinan tercekik
7. Cuba lagi sekiranya bayi anda menolak pada kali pertama
8. Tunggu sehingga beberapa hari sebelum memberi makanan pejal baru.
Cadangan makanan pejal pertama bayi
Makanan pejal pertama boleh disediakan dengan mudah di rumah tanpa sebarang garam, perisa atau gula. Makanan tersebut hendaklah dilenyek dengan sempurna, tetapi anda mungkin menukarnya selepas beberapa bulan. Antaranya:
1. Mulakan dengan memberi makanan sejenis sahaja
2. Berikan bayi anda makanan cereal yang banyak mengandungi zat besi
3. Kemudian, sayuran dan buah-buahan
4. Berikan daging dan ayam bagi gayi berusia 7-8 bulan.
5. Minuman susu bagi bayi berusia kurang 12 bulan adalah susuibu atau susu formula. Bagaimanapun, anda boleh juga memberi susu segar lembu, yogurt dan makanan cereal bagi bayi berusia 7-8 bulan
6. Elakkan sebarang bentuk makanan keras seperti kacang atau bahagian sayuran keras, yang mana boleh mengakibatkan bayi tercekik
7. Jus buah-buahan citrus tidak sesuai untuk bayi
Mempelbagaikan Bentuk Pemakanan
Makanan pejal bayi anda haruslah dilenyek dengan sempurna, disamping itu ianya boleh disediakan dalam perbagai bentuk pemakanan seperti:
1. Makanan ‘finger food’ sepeti carrot yang dikukus..buah buahan kukus
2. bagi satu sudu kecil untuk bayi gunakan sementara anda menyuapkannya makanan yang sama
3. Galakkan bayi anda minum menggunakan cawan
4. Ubah dari memberi puree kepada makanan lenyek
Setelah berusia 12 bulan ke atas bayi sudah bersedia untuk variasi makanan lain.
1. Memperkenalkan susu lembu segar
2. susu lembu segar bukanlah tandingan kepada susu ibu kerana mengandungi zat besi yang agak rendah, ia hanya boleh diberi kepada bayi setelah berusia lebih dari 12 bulan.
3. Bawah usia 12 bulan hanya susu ibu yang sesuai untuk bayi(atau any formula yang parents dapati sesuai dengan anak)
4. susu lembu mengandungi lebih protein, garam, pottasium, dan kalsium berbanding susu ibu yang mana ini akan memaksa buah pinggang bayi yang belum matang bekerja kuat..ini membahayakan bayi.
5. susu lembu segar hanya boleh dicampur di dalam makanan bayi selepas bayi berusia 7 bulan dalam kuantiti sedikit atau berikan bayi yogurt
6. susu bukanlah makanan utama jika bayi sudah berusia 1 tahun ke atas..kena bagi makan makanan lain seperti daging dan sebagainya.
Makanan yang tidak sesuai bagi bayi bawah 12 bulan
1. madu – risiko jangkitan kuman
2. teh – memotong zat vitamin
3. kekacang – masalah tercekik atau akahan
4. makanan rendah lemak – kekurangan nutrisi penting


Zikir Harian


Selamat Beramal! 

Air Mata & Wanita


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

♥ ♥ ♥ petikan yang aku copy & paste dari seorang sahabat ♥ ♥ ♥

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang salah?


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

  1. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  2. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  3. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  4. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK KHAS UNTUK DIRI KITA.
  5. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan... 
  6. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  7. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  8. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  9. ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.. 
♥♥♥~ALLAH knows BESt!~ ♥♥♥

Ketahui Asal Usul & Dunia Jin


KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS
  1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya . 
  2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
  3. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Islam dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang Islam ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tu. (terkena?? hahaha..)
  4. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur. 
  5. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Islam suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!! (terkena lagi?? hahaha..)
  6. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
  7. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
  8. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah). 
  9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
  10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
P/S : Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Isnin, 10 Oktober 2011

Lagu 1Malaysia Sarawak Bumi Kenyalang


Bila menjadi anak perantau ni.. dengar lagu ni teringat keluarga di Sarawak.. :( Bumi Kenyalang, tanah tumpah darahku..


Lirik Lagu 1Malaysia Sarawak Bumi Kenyalang

Sarawak Bumi Kenyalang
Yang Kaumnya Yang Berbilang
Sarawak Sudahlah Maju
Rakyatnya Semua Bersatu

Budaya Ia Yang Kaya
Untuk Semua Ada Nikmatinya
Ekonomi Teguh Ekonomi Kukuh
Menjamin Masa Depan Yang Kukuh

Sarawak Sarawak
Menjana Kehidupan Maju
Sarawak Sarawak
Kamek Teguh Kamek Bersatu

1Malaysia Wawasan Kita
Untuk Mencapai Cita-cita Kita
Sarawak Aman Progresif Makmur
Bumi Kenyalang Bumi Gemilang

1 2 3 4 - Aris Ariwatan


Antara lagu yang diminati anakku Iffah.. Lagu ni pernah diajar dan dinyanyikan di Taska. Di rumah, mamanya jadi mangsa menyanyikan lagu ini atas permintaan si cilik ini..  


1234

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

( ulang korus )

Twinkle, Twinkle Little Star


Sejak Iffah pandai bercakap ni, macam-macam lagu yang diajar di Taska.. dinyanyikan depan mamanya setiap kali balik dari Taska ataupun bila masuk tidur malam-malam.. "Mama, nyanyi twinkle2 litle star.." dalam hati mama.. lirik pun tak hafal, macam mana nak nyanyi.. untuk memenuhi hasrat anakku ini, mamanya pun berusaha mencari lirik lagu ni.. akhirnya terjumpa jugak.. :)


Twinkle, Twinkle Little Star

Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

When the blazing sun is gone,
When there's nothing he shines upon,
Then you show your little light,
Twinkle, twinkle, through the night.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!

In the dark blue sky so deep
Through my curtains often peep
For you never close your eyes
Til the morning sun does rise
Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are

Twinkle, twinkle, little star
How I wonder what you are

Jumaat, 7 Oktober 2011

Antara Makanan Yang Telah Disahkan Mengandungi Lemak Babi/Khinzir


KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda
halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.
Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website :

http://www.halaljakim.gov.my/

Awas! Pokok Beracun


POKOK BERACUN

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.

p/s : Jika anda inginkan kesejahteraan dan keselamatan keluarga anda, hindarkan dan elakkan menanam pokok beracun ini.